Remaja perempuan rentung dalam Tesla Cybertruck gara-gara pintu gagal dibuka

Remaja perempuan rentung dalam Tesla Cybertruck gara-gara pintu gagal dibuka

KRYSTA Michelle Tsukahara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Seorang pelajar kolej berusia 19 tahun maut selepas terperangkap di dalam kenderaan Tesla Cybertruck yang terbakar.

Mangsa, Krysta Michelle Tsukahara, merupakan seorang daripada tiga individu yang terbunuh apabila kenderaan berkenaan melanggar sebatang pokok dengan kelajuan tinggi di Piedmont, California, pada November tahun lalu.

Menurut tuntutan yang difailkan oleh ibu bapanya, Carl dan Noelle Tsukahara, Tesla yang dimiliki Elon Musk didakwa mengetahui tentang kelemahan reka bentuk pintu Cybertruck sejak beberapa tahun lalu tetapi gagal mengambil tindakan.

Krysta, pelajar tahun kedua di Savannah College of Art and Design, menaiki kenderaan itu bersama dua rakannya iaitu pemandu Soren Dixon, 19, dan Jack Nelson, 20 yang turut maut di tempat kejadian selepas kenderaan tersebut terbakar. Seorang lagi penumpang cedera tetapi terselamat.

Dalam tuntutan sivil setebal 36 muka surat itu, keluarga Tsukahara mendakwa Krysta pada awalnya hanya mengalami kecederaan ringan. Namun, apabila bateri kenderaan tersebut meletup dan mencetuskan kebakaran, dia maut akibat terbakar dan terhidu asap tebal.

Dokumen mahkamah itu turut menyatakan pintu Tesla Cybertruck berfungsi sepenuhnya dengan sistem kuasa elektrik dan boleh gagal apabila bekalan elektrik terputus. Tambah tuntutan itu,

Krysta tidak sempat melarikan diri kerana suis pembuka manual terlalu sukar untuk dicapai dan dikenalpasti.

“Krysta mengalami kesakitan dan ketakutan yang tidak terbayang ketika terperangkap di bahagian belakang kenderaan yang marak terbakar,” menurut tuntutan tersebut.

Bapanya berkata kepada The New York Times nyawa anaknya mungkin dapat diselamatkan sekiranya mekanisme keluar dari kenderaan lebih mudah digunakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN