PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kembali ke pentas diplomasi global dengan misi besar, kononnya untuk menamatkan perang dua tahun antara Israel dan Hamas di Gaza. Trump sebelum ini mengemukakan pelan 20 perkara yang bertujuan menamatkan pertempuran di Gaza, membebaskan baki tebusan dan menentukan masa depan wilayah tersebut. Israel dan Hamas bersetuju dengan sebahagian daripada pelan berkenaan. Hamas menerima cadangan pembebasan tebusan serta beberapa elemen lain, namun mengelak daripada menyentuh…