SIDOARJO: Operasi mencari mangsa runtuhan sekolah di Indonesia minggu lalu berakhir pada Selasa dengan jumlah korban meningkat kepada 67 orang, menurut seorang pegawai. Sebahagian daripada bangunan sekolah pondok Islam bertingkat di pulau Jawa runtuh pada 29 September ketika lebih 170 pelajar berkumpul untuk solat Asar. “Memasuki hari kesembilan, kami menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,” kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas), Mohammad Syafii dalam satu sidang media.…