SIDOARJO: Operasi mencari mangsa runtuhan sekolah pondok Islam Al Khoziny di Indonesia minggu lalu berakhir pada Selasa dengan angka korban meningkat kepada 67 orang, menurut pegawai penyelamat. Sebahagian bangunan sekolah agama berasrama penuh bertingkat di Pulau Jawa itu runtuh pada 29 September ketika lebih 170 pelajar berkumpul bagi menunaikan solat Asar. “Memasuki hari kesembilan, kami secara rasmi menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional…