BANGKOK: Konsert BLACKPINK WORLD TOUR <DEADLINE> IN BANGKOK yang dijadualkan dari 24 hingga 26 Oktober ini di Stadium Nasional Rajamangala akan diteruskan seperti yang dirancang, kata penganjur pada Sabtu.
Menerusi kenyataan rasmi, pihak penganjurmeminta semua peminat yang menghadiri konsert pada 25 dan 26 Oktober untuk berpakaian hitam atau putih sebagai tanda mengenang dan menghormati bekas Permaisuri Thailand, Sirikit yang mangkat semalam.
“Bagi menghormati dan menunjukkan rasa hormat kami yang mendalam terhadap Permaisuri Sirikit, kami dengan hormat meminta semua penonton konsert ‘BLACKPINK WORLD TOUR <DEADLINE> IN BANGKOK’ pada 25 dan 26 Oktober memakai pakaian hitam atau putih sebagai tanda berkabung dan penghormatan,” menurut kenyataan itu.
Penganjur berkata, perubahan ini adalah untuk menyesuaikan suasana konsert dengan tempoh berkabung seluruh negara bagi menghormati pemergian Sirikit.










