Kadar pengangguran di UK meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun

Kadar pengangguran di UK meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kadar pengangguran di Britain meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih empat tahun, sekali gus menambah tekanan terhadap ekonomi negara itu menjelang pembentangan bajet tahunan kerajaan.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS), kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus bagi tempoh tiga bulan berakhir Ogos, paras tertinggi sejak separuh pertama tahun 2021.

Angka itu naik berbanding 4.7 peratus yang direkodkan bagi tempoh tiga bulan berakhir Julai, menurut kenyataan ONS.

Data tersebut dikeluarkan ketika Britain berdepan pertumbuhan ekonomi yang lembap dan inflasi tinggi yang berterusan, kira-kira enam minggu sebelum kerajaan Parti Buruh membentangkan rancangan cukai dan perbelanjaan terbaharunya.

“Statistik terkini mempamer tanda-tanda jelas pasaran buruh UK mula menunjukkan kelemahan. Dengan pembentangan bajet semakin hampir, keadaan ini dijangka berterusan.

“Cukai yang lebih tinggi  membebankan perniagaan sepanjang tahun ini, jadi kebanyakan syarikat mungkin menangguhkan rancangan pengambilan pekerja baharu sehingga mereka pasti sama ada akan berlaku perubahan dasar seterusnya atau tidak,” kata Penganalisis dari Pengurus Pelaburan Quilter Cheviot, Richard Carter.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN