ROM: Menteri Luar Itali, Antonio Tajani memaklumkan Israel memberi jaminan pasukan bersenjata negara itu tidak akan menggunakan kekerasan terhadap para aktivis yang berada di atas kapal flotila bantuan yang belayar menuju ke Gaza. Dalam satu temu bual bersama penyiar televisyen Itali, Rai, Tajani berkata, tindakan menaiki kapal memang dirancang dan kami berbincang dengan Menteri [Gideon] Sa’ar bagi memastikan tiada tindakan ganas dilakukan oleh pasukan bersenjata Tel Aviv, dan perkara itu…