BAITULMAQDIS: Israel mendakwa bahawa tiada satu pun kapal dalam Global Sumud Flotilla yang membawa aktivis pro-Palestin dan bantuan kemanusiaan telah berjaya menembusi sekatan mereka terhadap wilayah Palestin.
“Tiada satu pun kapal layar provokasi Sumud yang berjaya dalam percubaannya untuk memasuki zon tempur aktif atau melanggar sekatan tentera laut yang sah,” kata Kementerian Luar Israel dalam satu kenyataan.
“Satu kapal terakhir provokasi ini kekal jauh. Jika ia menghampiri, percubaannya untuk memasuki zon tempur aktif dan melanggar sekatan juga akan dihalang.” – AFP