GAZA: Seorang pemimpin kanan kumpulan Hamas semalam memaklumkan pihaknya sedang berkoordinasi dengan pelbagai pihak bagi memastikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dilaksanakan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata dengan Israel, lapor agensi Anadolu. Anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Rishq, dalam satu kenyataan menegaskan pergerakan itu komited untuk menggembleng segala sumber dan usaha bagi membantu rakyat Gaza, meskipun berdepan kemusnahan besar akibat genosid Israel serta kehancuran total terhadap kehidupan…