Hamas bebaskan tujuh tebusan Israel di Gaza City - Utusan Malaysia

Hamas bebaskan tujuh tebusan Israel di Gaza City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan tujuh tebusan negara haram itu sudah dibebaskan oleh kumpulan pejuang Hamas di Gaza City, hari ini.

Menurut kenyataan IDF, tujuh individu yang dibebaskan dikenali sebagai Matan Angrest; dua beradik Gali dan Ziv Berman; Alon Ohel; Eitan Mor; Omri Miran; dan Guy Gilboa-Dalal.

Palang Merah kini membawa kesemua tebusan yang dibebaskan itu kepada anggota tentera IDF yang berada di dalam Gaza.

Mereka seterusnya akan dibawa keluar dari kawasan konflik ke sebuah fasiliti tentera berhampiran Re’im bagi menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental serta bertemu dengan ahli keluarga masing-masing.

“Pembebasan ini hasil usaha berterusan dan koordinasi rapi dengan pihak berkaitan demi memastikan keselamatan setiap tebusan,” kata kenyataan IDF.

Sementara itu, IDF turut memaklumkan 13 lagi tebusan yang masih hidup dijangka dibebaskan dalam tempoh beberapa jam akan datang dari lokasi berbeza di Gaza.

Perkembangan ini menjadi antara detik penting dalam usaha menamatkan krisis kemanusiaan yang telah meruncing sejak konflik memuncak di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN