TEL AVIV: Dalam perkembangan terbaharu misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dua kapal dari Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu kapal Meteque dan kapal layar All In mengabaikan arahan tentera laut Israel untuk berhenti, dan kini terus belayar menuju ke pesisir Gaza. Menurut kenyataan rasmi penganjur GSF, kedua-dua kapal itu berada kira-kira 60 batu nautika (sekitar 111 kilometer) dari pantai Gaza pada pukul 2 pagi waktu tempatan. Walau bagaimanapun, kedudukan terkini kapal…