Bekas penasihat Trump dakwa CIA sengaja beri maklumat salah mengenai Hamas - Utusan Malaysia

Bekas penasihat Trump dakwa CIA sengaja beri maklumat salah mengenai Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Steve Bannon, bekas penasihat Presiden AS Donald Trump, mendakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA) memberikan maklumat “palsu dan mengelirukan” kepada pentadbiran Trump mengenai sikap Hamas dalam rundingan dengan Israel.

Beliau mendakwa agensi itu “bekerja untuk Mossad Israel” dan bertindak di bawah pengaruhnya, lapor Arabi 21 News.

Dalam kenyataan yang mencetuskan kontroversi meluas dalam kalangan politik dan media di AS, Bannon mendakwa CIA ‘dengan sengaja menipu’ Utusan Khas AS bagi Asia Barat, Steve Witkoff.

Katanya, penipuan itu bertujuan ‘memberi masa kepada Mossad’ yang didakwa menjalankan operasi rahsia semasa rundingan pentadbiran Trump mengenai kemungkinan perjanjian antara Israel dan Hamas.

Bannon menyatakan Witkoff menerima tiga taklimat harian daripada CIA dengan semuanya diberi maklumat yang salah.

Beliau menegaskan ini bukan kesilapan perisikan, sebaliknya tindakan penipuan yang disengajakan.

Menurut Bannon, CIA memberitahu Witkoff Hamas tidak berminat dengan keamanan dan tidak akan mencapai sebarang persetujuan iaitu sikap yang mencerminkan pandangan Mossad dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Beliau turut mendakwa laporan mengelirukan itu menyebabkan Witkoff terlepas satu mesyuarat penting yang dijadualkan berlangsung di Muscat, Oman.

Bannon menegaskan terdapat niat jelas untuk menghentikan rundingan, dan pengaruh Mossad terhadap CIA menjadi sebab Witkoff gagal menghadiri pertemuan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN