KATHMANDU: Hujan lebat berterusan sejak Jumaat mencetuskan tanah runtuh dan banjir kilat di Nepal, menyebabkan sekurang-kurangnya 63 orang terkorban, selain menenggelamkan jambatan dan memutuskan banyak laluan jalan raya, kata pegawai pada Ahad. Menurut jurucakap Pasukan Polis Bersenjata Nepal, Kalidas Dhauboji, seramai 37 orang maut dalam beberapa kejadian tanah runtuh di daerah Ilam di timur negara itu, berhampiran sempadan India. Beliau berkata, sembilan orang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus banjir, manakala…