WASHINGTON: Seramai 16 orang terbunuh dalam satu insiden letupan besar di sebuah kilang bahan letupan di Tennessee, menurut pihak berkuasa. Letupan yang berlaku di bandar kecil Bucksnort itu melibatkan kilang milik syarikat Accurate Energetic Systems, yang menghasilkan bahan letupan untuk kegunaan ketenteraan dan kerja-kerja perobohan. Lapor media tempatan, letupan berkenaan memusnahkan seluruh bangunan di kawasan kilang tersebut, menggegarkan rumah-rumah sejauh beberapa kilometer dan menyebabkan serpihan bertaburan. Pada mulanya, pihak berkuasa…