ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan negaranya tidak akan menyerahkan walau sebutir batu yang menjadi milik Baitulmuqaddis kepada Israel, termasuk Prasasti Silvan yang kini tersimpan di Muzium Arkeologi Istanbul. Berucap pada Festival Teknologi, Penerbangan dan Angkasa (TEKNOFEST) di Lapangan Terbang Ataturk, Erdogan berkata kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mendakwa tidak mendapat prasasti berkenaan adalah tidak lain kerana Turkiye enggan tunduk kepada permintaan rejim tersebut. “Dia (Netanyahu) marah…