Turkiye pantau rapat pergerakan flotila Sumud, puji sokongan Sepanyol

Turkiye pantau rapat pergerakan flotila Sumud, puji sokongan Sepanyol

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan Ankara akan terus komited menghentikan serangan Israel terhadap Gaza, serta memastikan bantuan kemanusiaan tidak terhalang daripada sampai ke wilayah terkepung itu.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Turkiye pada Sabtu menyatakan Erdogan menyampaikan pendirian itu dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Menurut kenyataan itu, Erdogan menyatakan rasa puas hati dan penghargaan terhadap keprihatinan Sanchez terhadap misi flotila bantuan Sumud, yang bertujuan memecahkan sekatan laut Israel terhadap Gaza.

“Presiden kami menyuarakan penghargaan atas sensitiviti Perdana Menteri Sanchez mengenai flotila bantuan Sumud dan menegaskan Turkiye memantau rapat perkembangan itu,” jelas kenyataan tersebut.

Sebagai tindak balas terhadap serangan dron terhadap kapal bantuan minggu lalu, Tentera Laut Sepanyol mengerahkan kapal perang BAM Furor dari Pelabuhan Cartagena pada awal pagi Jumaat.

Kapal tersebut, yang membawa 46 kru, 10 anggota marin dan sepasukan perubatan, belayar ke timur Mediterranean untuk memberikan perlindungan serta sokongan logistik kepada flotila Sumud.

Arahan penghantaran kapal itu dikeluarkan secara langsung oleh Kementerian Pertahanan Sepanyol, sebagai langkah tegas mempertahankan misi bantuan kemanusiaan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN