Trump rayu Mahkamah Agung pertahan tarif dagangan

Trump rayu Mahkamah Agung pertahan tarif dagangan

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Ame­­rika Syarikat (AS), Do­nald Trump memfailkan rayuan ke Mahkamah Agung bagi membatalkan keputusan Mahkamah Ra­yuan Persekutuan di Washington DC yang mengisytiharkan sebahagian besar tarif dagangan diperkenalkan pentadbirannya sebagai tidak sah.

Petisyen tersebut difailkan lewat Rabu lalu, se­minggu selepas panel hakim rayuan dalam keputusan 7-4 memutuskan Trump telah melampaui kuasa eksekutif apabila menggunakan Akta Kuasa

Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 bagi mewajarkan pelaksanaan cukai sempadan atau ‘tarif pembebasan’ yang diumumkan pada 2 April.

Tarif berkenaan me­ngenakan levi antara 10 hingga 50 peratus terhadap hampir semua barangan import ke AS, sekali gus menggemparkan pasaran dan perdagangan global.

Menurut mahkamah rayuan, undang-undang sedia ada hanya memberikan kuasa luas kepada presiden dalam menghadapi darurat nasional, namun tidak me­rangkumi kuasa untuk mengenakan tarif, cukai atau levi seumpamanya.

Hakim juga menyifatkan langkah tarif yang diperkenalkan Trump sebagai “tidak terbatas skop, jumlah dan tempoh” serta melebihi batasan undang-undang yang jelas.

Walaupun keputusan itu dianggap tamparan terbesar kepada dasar perdagangan Trump, pelaksanaan tarif tersebut masih dikekalkan sehingga 14 Oktober bagi memberi ruang pentadbiran memohon semakan Mahkamah Agung.

Trump dalam hantaran di laman Truth Social mendakwa keputusan itu bakal memusnahkan AS sekiranya dibiarkan berkuat kuasa.

Pentadbiran memohon semakan dipercepatkan dengan Mahkamah Agung dijangka memutuskan sama ada menerima rayuan itu sebelum 10 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN