WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melancarkan operasi penguatkuasaan imigresen berskala besar di Chicago yang dinamakan “Operation Midway Blitz”, dengan sasaran utama golongan pendatang tanpa dokumen yang dituduh sebagai penjenayah berbahaya. Langkah ini diumumkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) sebagai tindak balas terhadap dasar suaka negeri Illinois yang dikatakan ‘melindungi penjenayah antarabangsa’. Dalam kenyataan rasmi, Trump menuduh Gabenor Illinois, JB Pritzker dan pemimpin tempatan sebagai bertanggungjawab melepaskan anggota…