NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka mengemukakan pelan serta visinya bagi menamatkan perang Israel di Gaza dan masa depan wilayah Palestin tersebut ketika bertemu dengan pemimpin Arab dan Islam di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), esok. Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di luar sidang PBB bersama pemimpin dari Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Jordan, Turkiye, Indonesia dan Pakistan.…










