BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra memulakan hari penuh pertamanya di penjara hari ini selepas mahkamah memutuskan beliau sebelum ini menjalani hukuman penjara secara tidak sah di hospital. Keputusan Mahkamah Agung pada Selasa memberi tamparan hebat kepada tokoh politik terbesar Thailand itu, apabila hakim memerintahkan pemindahan Thaksin yang berusia 76 tahun ke Penjara Reman Bangkok. Pada hari yang sama, beliau telah dipindahkan ke Penjara Klong Prem di mana beliau…