MANILA: Taufan Ragasa, yang diklasifikasikan sebagai taufan super dengan kelajuan angin mencecah 285 kilometer sejam, melanda wilayah utara Filipina pada Isnin, menyebabkan lebih 10,000 penduduk terpaksa berpindah ke pusat perlindungan dan sekolah yang dijadikan tempat perlindungan sementara. Pulau Panuitan di wilayah Cagayan menjadi antara kawasan pertama yang terjejas, dengan ombak setinggi lebih tiga meter dilaporkan menghentam pesisir pantai. Di Calayan, sebahagian bumbung sekolah diterbangkan angin kencang sebelum menghempap pusat pemindahan…