SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sedang membincangkan kerjasama dengan syarikat platform bagi membolehkan tempahan teksi rentas sempadan dibuat melalui aplikasi, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa. Lapor CNA, cadangan itu turut meliputi kemungkinan menambah kuota kenderaan serta membenarkan kenderaan kapasiti lebih besar sebagai peluasan skim teksi rentas sempadan sedia ada. Mesyuarat minggu lalu melibatkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Jeffrey Siow; Menteri Kanan Negara Sun Xueling, Kementerian Pengangkutan, LTA, serta wakil…