MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin didakwa sedang membina simpanan strategik askar baharu sebagai persediaan kemungkinan konflik langsung dengan pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), menurut penganalisis keselamatan antarabangsa. Laporan daripada Institute for the Study of War (ISW) memetik sumber dalaman Russia bahawa sekitar 292,000 individu menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan Russia sejak awal 2025 hingga 15 September, bersamaan purata 7,900 orang seminggu. Sumber itu, yang sebelum ini dilapor konsisten…










