WASHINGTON: Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada Rabu mengumumkan pemotongan kadar faedah sebanyak 0.25 mata peratusan, meletakkan kadar pinjaman utamanya dalam julat 4 peratus hingga 4.25 peratus, paras terendah sejak akhir 2022. Langkah itu menandakan pemotongan kadar pertama sejak Disember lalu, sekali gus dijangka membuka ruang kepada beberapa siri pengurangan tambahan dalam bulan-bulan akan datang. Pemotongan ini bertujuan menurunkan kos pinjaman di seluruh negara, namun turut membawa mesej berhati-hati mengenai…










