MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. berkata, beliau tidak menyalahkan rakyat kerana menyertai protes bagi membantah skandal rasuah melibatkan projek kawalan banjir, ketika kemarahan awam semakin memuncak. Skandal infrastruktur itu mencetuskan siri protes di sekitar ibu kota Manila sejak beberapa minggu lalu, termasuk satu perhimpunan melibatkan kira-kira 3,000 pelajar di kampus Universiti Filipina. Walaupun kebanyakan demonstrasi masih berskala kecil, satu protes tahunan sempena memperingati pengisytiharan darurat tentera tahun 1972 oleh…