SURABAYA: Polis Indonesia melaporkan penahanan seramai 580 individu susulan gelombang demonstrasi yang melanda enam daerah utama di wilayah Jawa Timur sejak hujung minggu lalu. Tangkapan dilakukan di bandar-bandar besar seperti Surabaya, Malang, Sidoarjo, Jember, Kediri, dan Banyuwangi. Demonstrasi yang bermula di Jakarta pada 25 Ogos lalu kini merebak secara meluas, sebahagiannya menuntut reformasi institusi keselamatan, penolakan terhadap kenaikan elaun anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR RI), serta mendesak pembebasan komuniti…










