ROM: Dunia fesyen antarabangsa kehilangan seorang tokoh apabila pereka tersohor Itali, Giorgio Armani, dilaporkan meninggal dunia pada usia 91 tahun, menurut kenyataan rasmi syarikat fesyennya yang dimuat naik di media sosial pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Menurut kenyataan itu, Armani masih aktif bekerja sehingga ke akhir hayat dan menghembuskan nafas terakhir di sisi insan tersayang. Dilahirkan pada 11 Julai 1934 di Piacenza, utara Itali, Armani membesar di Milan…