GENEVA: Pihak berkuasa Rusia didakwa telah menyeksa tahanan awam di wilayah Ukraine yang didudukinya secara meluas dan sistematik, demikian menurut laporan terbaharu Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. Laporan itu menyimpulkan sejak pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine pada Februari 2022, Moscow didapati melakukan corak pencabulan undang-undang antarabangsa yang konsisten terhadap tahanan awam Ukraine. Berdasarkan temu bual dengan 216 bekas tahanan awam di wilayah diduduki sejak Jun…










