GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Türk mendakwa masyarakat antarabangsa gagal melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat Palestin di Gaza, apabila tidak mengambil langkah tegas bagi menghalang berlakunya genosid. Berucap pada pembukaan sesi ke-60 Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, semalam, Türk menegaskan Israel secara sah wajib mematuhi arahan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), menghentikan kempen genosid, menghukum pihak yang menghasut pembunuhan beramai-ramai serta memastikan akses…