JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila sebuah bangunan yang menjadi lokasi majlis bacaan al-Quran sempena sambutan Maulidur Rasul runtuh di Jawa Barat, Indonesia, semalam. Menurut pegawai Agensi Tebatan Bencana Serantau (BPBD) Bogor, Mochamad Adam Hamdani, sebanyak 100 orang, kebanyakannya wanita menghadiri majlis tersebut di sebuah dewan komuniti sebelum bangunan itu tiba-tiba runtuh. “Berdasarkan data awal, seramai 84 orang dirawat dan tiga orang meninggal dunia,” katanya kepada…