WELLINGTON: Keputusan New Zealand untuk tidak mengiktiraf Palestin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-80 mengundang kecaman, termasuk daripada bekas Perdana Menteri Helen Clark yang menyifatkannya sebagai ‘Hari Memalukan’ buat negaranya, lapor Anadolu. “Ini adalah hari memalukan bagi #NZ. Dalam slot lewat di penghujung segmen peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB, Menteri Luar mendedahkan keputusan Kabinet 11 hari lalu, bahawa berbeza dengan banyak negara lain yang biasanya sehaluan dengan #NZ,…