KAHERAH: Mesir dan Qatar mengeluarkan kecaman keras terhadap kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang didakwa menyokong pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza melalui lintasan Rafah. Dalam satu temu bual bersama saluran Telegram Israel, Netanyahu menyatakan “separuh penduduk Gaza mahu keluar” dan mencadangkan pelbagai pelan untuk membangunkan semula wilayah tersebut. Beliau turut menyebut kemungkinan membuka lintasan Rafah, tetapi mendakwa Mesir akan segera menutup pintu sempadan itu. Kementerian Luar Negeri Mesir…