HANOI: Vietnam giat memperhebat usaha menentang penguasaan China di Laut China Selatan (LCS) dengan membina pulau buatan dan pangkalan tenteranya sendiri di kawasan perairan yang dipertikaikan. Menurut laporan Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI), yang dikendalikan Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, Vietnam mengorek tanah dan pasir serta menambah keluasan sekurang-kurangnya lapan kawasan yang dikuasainya di bahagian tenggara Laut China Selatan sejak awal tahun ini. Tindakan itu sebagai usaha terbaharu Hanoi menolak…