BEIJING: Seorang bapa muda di China mendapat perhatian ramai selepas menderma sebahagian hatinya kepada bayi perempuannya. Lebih menyentuh hati, dia turut merawat lukanya sendiri di rumah bagi menjimatkan kos perubatan yang tinggi. Lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama keluarga Shen, menjalani pembedahan pemindahan hati pada 13 Ogos lalu bagi mendermakan sebahagian organ itu kepada anaknya. Media tempatan melaporkan, pemindahan itu berjaya, namun cabaran kewangan terus menghimpit keluarga muda ini. Gambar…