KHARTOUM: Lebih 1,000 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di sebuah perkampungan di kawasan Pergunungan Marra, barat Sudan. Menurut kenyataan Pergerakan Pembebasan Sudan (SLM/A) yang diketuai Abdelwahid Mohamed Nour, tragedi itu berpunca daripada hujan lebat berterusan selama beberapa hari yang menyebabkan lereng gunung runtuh, menimbus kediaman dan penduduk kampung yang tidak sempat menyelamatkan diri. “Seluruh perkampungan itu kini lenyap dari peta dengan hanya seorang mangsa berjaya diselamatkan,” menurut kenyataan itu.…