BEIJING: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berikrar memberikan sokongan penuh kepada Presiden Russia, Vladimir Putin dengan menyatakan kesediaan untuk melakukan apa sahaja demi membantu Moscow, ketika Kremlin berterima kasih kepada Pyongyang kerana menghantar tentera bagi memerangi Ukraine. Pertemuan bersejarah itu berlangsung di Beijing sempena ulang tahun penyerahan rasmi Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Beberapa jam sebelum pertemuan, Jong-un dan Putin bersama Presiden China, Xi Jinping berdiri sebaris menyaksikan perarakan ketenteraan…










