KATHMANDU: Bekas Ketua Hakim Nepal, Sushila Karki, dijangka dilantik sebagai Perdana Menteri interim selepas peletakan jawatan K.P. Sharma Oli. Perkara itu didedahkan seorang sumber yang mengetahui perbincangan tersebut, lapor Reuters. Nepal menyaksikan pergolakan terburuk dalam beberapa tahun, dengan 51 orang maut dan lebih 1,300 cedera ketika polis cuba mengawal protes antirasuah yang tercetus ekoran larangan media sosial, yang kemudiannya dibatalkan. Keganasan itu reda hanya selepas Oli meletak jawatan Perdana Menteri.…










