TUNIS: Kapal-kapal pertama Flotila Global Sumud berlepas dari Pelabuhan Bizerte di Tunisia dan Pelabuhan Augusta di Sicily menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung Israel, menurut penganjur. Video yang dikongsi penganjur menunjukkan sebuah kapal bantuan berlayar dari Tunisia menuju ke wilayah Palestin itu. Aktivis dan wartawan, termasuk seorang koresponden Anadolu merakam detik pelayaran kapal pertama tersebut. Sementara itu, satu kumpulan terdiri daripada 18 bot dari armada Itali flotila turut berlayar pada…










