BEIJING: China bakal mencipta sejarah perkapalan global minggu ini apabila menghantar sebuah kapal kontena sepanjang 965 kaki terus ke Britain melalui laluan Artik yang semakin mencair akibat pemanasan global. Perjalanan sulung menerusi Laluan Laut Utara (NSR) itu dijangka mengurangkan separuh tempoh perjalanan komersial biasa selama 40 hari antara kedua-dua lokasi. Kapal kontena milik China, Istanbul Bridge, dijadual berlepas dari pelabuhan Ningbo-Zhoushan pada Rabu menuju ke Pelabuhan Felixstowe, Suffolk Timur, dan…