DENPASAR: Banjir kilat melanda dua buah pulau di Indonesia termasuk destinasi pelancongan terkenal Bali, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang manakala enam lagi dilaporkan hilang, menurut agensi bencana negara pada Rabu. Hujan lebat sejak lewat Selasa mencetuskan banjir di lima daerah di Bali serta ibu kota wilayah Denpasar, memaksa hampir 200 penduduk dipindahkan, kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhar. Beliau memaklumkan sembilan mayat ditemui di Bali setakat petang Rabu,…