TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan Israel kini sedang merangka pelan gencatan senjata baharu bersama pentadbiran Rumah Putih, menjelang pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini. Pengumuman itu dibuat ketika tekanan antarabangsa semakin memuncak agar Israel menghentikan serangan ke atas Gaza, terutama selepas angka korban meningkat mendadak akibat serangan darat dan udara berterusan. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 66,000 rakyat Palestin terkorban sejak konflik tercetus…