BAITULMUQADDIS: Israel menegaskan tidak akan membenarkan flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza memecahkan sekatan laut, sambil menyifatkan wilayah itu sebagai “zon pertempuran aktif” dan mendakwa misi tersebut dianjurkan oleh Hamas bagi tujuan politik. Dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin, Kementerian Luar Israel menyatakan tiada kapal akan dibenarkan memasuki perairan Gaza, namun menawarkan laluan alternatif melalui Pelabuhan Ashkelon, di mana bantuan boleh dipunggah dan dihantar ke Gaza melalui saluran rasmi yang diselaraskan.…