LONDON: Polis Britain menahan hampir 900 orang dalam satu demonstrasi besar di pusat bandar London bagi menyokong kumpulan pro-Palestin, Palestine Action, yang diharamkan kerajaan. Menurut Polis Metropolitan, seramai 890 orang ditahan dalam tunjuk perasaan berhampiran bangunan Parlimen pada Sabtu lalu, jumlah tahanan tertinggi pernah dicatatkan dalam satu protes berkaitan kumpulan itu. Daripada jumlah itu, 857 individu ditahan kerana menunjukkan sokongan terhadap pertubuhan diharamkan, manakala 17 lagi ditangkap kerana menyerang anggota…