DOHA: Kumpulan Hamas menegaskan gerakan itu tidak akan gentar dengan sebarang ugutan atau cubaan pembunuhan, sebaliknya akan meneruskan perjuangan menentang penjajahan Israel sehingga matlamat pembebasan tercapai. Kenyataan itu dibuat oleh pegawai kanan Hamas, Abdul Rahman Shadid, pada Selasa di mana beliau menegaskan kepimpinan dan para pejuang Hamas tetap teguh dengan tekad untuk melawan rejim tersebut. “Gerakan ini—sama ada kepimpinan atau para pejuang—akan terus berada di landasan menentang penjajahan jenayah Israel…