LOS ANGELES: Dua syarikat televisyen utama Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini menghentikan siaran program hos komedi popular, Jimmy Kimmel akibat tekanan kerajaan, mengumumkan akan menyiarkan semula rancangan itu sekali gus menamatkan boikot terhadap beliau. Stesen milik Disney, ABC sebelum ini menggantung produksi apabila syarikat penyiaran Sinclair dan Nexstar bertindak menarik balik rancangan Kimmel daripada puluhan saluran tempatan milik mereka. Langkah itu dikaitkan dengan kenyataan Kimmel selepas pembunuhan aktivis sayap…