JAKARTA: Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia (BEM SI) memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang demonstrasi di ibu kota Jakarta pada Isnin, susulan keadaan semasa yang dianggap tidak kondusif. Koordinator Pusat BEM SI Kerakyatan, Muhammad Ikram, berkata keputusan tersebut dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai faktor keselamatan dan situasi semasa. “Melihat kepada keadaan yang sangat tidak baik di Jakarta, kami mengambil keputusan untuk tidak turun ke jalan hari ini,” katanya seperti dilaporkan oleh portal…










