BANGKOK: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun di Thailand mencuri perhatian penduduk tempatan dengan rutin harian unik menunggang kerbau peliharaannya untuk pergi dan pulang dari sekolah. Thanwa ‘Fluke’ Thong-iam menunggang kerbau kesayangannya, Kalamae sejauh lebih 800 meter setiap pagi dan petang di daerah Khao Yoi, wilayah Phetchaburi. Keakraban pasangan ini kini menjadi pemandangan yang sering dinantikan penduduk setempat. Setiap hari sekitar pukul 6.30 pagi, Fluke dengan tangkas naik ke belakang…