JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto membuat kejutan politik apabila merombak Kabinetnya secara drastik kelmarin, kurang setahun selepas memegang tampuk pemerintahan. Menteri-menteri yang digugurkan adalah Budi Arie Setiadi (Menteri Koperasi), Abdul Kadir Karding (Menteri Perlindungan Pekerja Migran), Budi Gunawan (Menteri Koordinator Politik dan Keamanan) dan Dito Ariotedjo (Menteri Belia dan Sukan) serta Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati. Langkah ini hadir selepas gelombang tunjuk perasaan besar-besaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa dan…