JAKARTA: Penyiasat Indonesia semalam menamakan bekas Menteri Pendidikan dan pengasas bersama syarikat pengangkutan e-hailing Gojek, Nadiem Makarim, sebagai suspek dalam kes rasuah membabitkan pembekalan komputer riba yang didakwa tidak telus. Jurucakap Pejabat Peguam Negara, Nurcahyo Jungkung Madyo, berkata Nadiem yang memegang jawatan Menteri Pendidikan dari 2019 hingga 2024, ditahan selama 20 hari bagi membantu siasatan. Menurutnya, Nadiem didakwa menyalahgunakan kuasa ketika memegang jawatan menteri untuk memperkayakan diri atau pihak tertentu…