WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat (AS) mahu menghalang Turkiye daripada memperoleh jet pejuang F-35, selagi Ankara tidak mengusir pemimpin Hamas dan menghentikan sokongan terhadap pergerakan perjuangan Palestin, menurut laporan akhbar harian Ibrani Maariv pada Ahad. Beberapa pindaan dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA) 2026, yang berpotensi menyekat semua pemindahan senjata ke Turkiye meskipun hubungan strategik antara kedua-dua negara dalam kerangka pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sudah lama terjalin.…